Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sempena hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS Sabah) mengajak muslimin dan muslimat rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya untuk menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang telah mengeluarkan bangsa Arab Quraisy dari zulmat jahiliyyah ke dalam dakapan nur Islam. Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah telah terbukti dapat menyatukan manusia tanpa mengira warna kulit, ras dan darjat.
Saban tahun sambutan Maulidur Rasul diraikan sebagai tanda menzahirkan kecintaan kita terhadap Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Sekadar sambutan sahaja tidak mencukupi tanpa penghayatan dan mengamalkan ajaran dan sunnah Baginda.
Saya mengajak kepada semua muslimin dan muslimat agar sambutan Maulidur Rasul 1343H bukan hanya sekadar sambutan tetapi apa yang lebih penting adalah ittiba’ sunnah (membudayakan dan mengamalkan sunnah) di setiap sudut dalam kehidupan seharian.
Akhir kalam, selamat menyambut Maulidur Rasul 1434H.
Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah




