Kematian Ramadhan Al-Buti kehilangan buat umah

KUALA LUMPUR: Kematian ulama tersohor, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti disifatkan PAS sebagai satu kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.

البوطي
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biarpun berbeza pandangan dalam beberapa perkara, namun penghormatan terhadap ilmu dan keperibadian ulama itu sangat disanjung tinggi.

“Saya banyak mengambil manfaat dari kitab-kita karangan beliau khususnya Fiqh Sirah yang saya jadikan teks dalam kuliah pengajaran saya sejak dahulu.

“Sekalipun ada sedikit perbezaan pemikiran dlm beberapa isu dengannya, ia tidak mengurangi kasih sayang kita semua kepada ulama agung ini.

“Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sheikh Mohammed Said Ramadan al-Buti, 84, dilaporkan terbunuh dalam serangan bom penyerang berani mati semalam di Masjid Al-Iman Dimasyq, Syria.
Beliau terkenal dengan siri buku-buku dakwah tulisannya termasuk Fiqh Sirah yang menjadi rujukan ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Sumber: Harakahdaily

About these ads

Leave a comment

Filed under General, News

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s