PRU13: PAS letak 5 calon dari DHPP

KUALA LUMPUR: PAS meletakkan lima calon dari kalangan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

BTWmujahid 4

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, lima calon tersebut yang dikenal pasti berpotensi terdiri daripada dua calon di Johor, satu di Melaka dan dua lagi di Sabah dan Sarawak.

 

Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw akan bertandingi kerusi parlimen di Johor.

Kumutha Raman yang bertanding di Dun Tiram pada PRU12 lalu dikekalkan di situ.

Pada PRU lalu, beliau mendapat 8,827 undi manakala calon BN memperolehi 17,005 undi.

Bagaimanapun, kata Mujahid calon-calon daripada DHPP akan diumumkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini.

Beliau yang juga Penasihat DHPP mengalu-alukan pencalonan dari kalangan DHPP yang bukan sahaja sayap parti tetapi membuktikan PAS memberi kepercayaan kepada mereka khususnya di kalangan bukan Islam.

“Imej yang bermakna ini merupakan lambaran sejarah baru bagi PAS kerana meletakkan calon bukan Islam untuk PAS yang bukan sahaja menyokong tetapi boleh membawa bendera PAS. Merentasi semua kaum di negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan PAS yang meletakkan calon DHPP di beberpa tempat yang berpotensi untuk menang.

About these ads

Leave a comment

Filed under General, News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s