Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada 22 November

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

pas_logo (1)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Untuk tujuan itu Mustafa berkata, tarikh untuk diadakan mesyuarat agung bagi peringkat cawangan dan kawasan termasuk dewan-dewan serta muktamar dewan-dewan negeri dan pusat juga telah ditetapkan.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

Leave a comment

Filed under News, PAS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s